nothing is conceptually better than rock n roll

...some kid dream to become a rockstar...

Saturday, February 13, 2010

start


start...

seingat aku...aku start mula jamming dgn tune yang betul dan ikut lagu betul2 ialah pada darjah 6..(1996)...time tu sepupu aku Ijad dah form 2..time tu tak silap aku mula2 skali lagu yg kitaorang dapat bawak ialah lagu Green Day - When I come around...time ni dah start pickup lagu2 dari zaman punk rock la...time tu jugak tak silap aku iklan Red Bull kat tv guna lagu band offspring come out and play....so time ni kitaorg mmg bawak lagu2 dari green day , off spring , nirvana dan Pilgrims (local)..ni la bermulanya start practice lagu sebelum gi jamming , time ni jgk la dah start pandai nak beli baju gambar band...aku ingat lagi baju rock pertama aku beli ialah baju nirvana gambar kurt cobain tengah isap rokok..aku beli time cuti sekolah aku lepak kat rumah makcik aku di shah alam n weekend gi Yaohan ( dkt dgn PWTC tu ) beli....skarang ni Yaohan ada ke tak...ntahla...dah lama tak ke area sana..

time ni idola2 muzik bawah tanah kat kg (yg tua dari aku,dah abis skolah) aku plak tgh demam Butterfinger rasanya..dan ada satu click lagi...tgh memulakan scene hardcore di tmpt aku..click ni dah start dengan Shelter , Hatebreed , Sick of it all , Grimlock dan macam2 lagi...diaorang ni mmg rajin turun kl dan aku dengar diaorg ni smpi Singapore pun lepak...so diaorg ni antara terawal dgn scene hardcore kat ipoh..antara nuklues hardcore di Perak ni diaorg la...sinilah bermulanya band Tabaraka dan Corporate Shit..(legendary)...tp aku tak pernah dengar material Corporate Shit...diaorg tak record aku rasa...aku tak dapat berhubung sgt dengan diaorag ni sebab jauh tua dari aku n diaorg pun menyampah nak layan budak2 baya aku...kalo aku gi menyumbat jer kat kedai burger diaorg mesti kena marah,suruh balik....tu yang tak best tu...

time ni jugak ramai kawan2 aku yg mendengar muzik aliran perdana tengah gila XPDC dan Def Gab C...tapi aku rasa XPDC tu satu phenomena la time tu...mmg ramai fan..antara tokoh metal terawal yg aku jumpa jugak ialah 'Azhar' namanya....dia ni ialah metalhead sejati yg mula2 sekali memberi pendedahan pada aku tentang muzik keras...

ketika manusia di zaman itu sedang leka dgn muzik punk rock (geng aku la tu) , dan juga XPDC (ni geng lain)....Azhar pula dengan sesuatu yang lebih radikal iatitu Entombed dan Orbituary...dia la yg mula2 skali (untuk budak2 la)...tp aku masih ingat lagi ada satu brader ni lagi tua dari aku nama pun aku dah tak ingat...dia ni layan King Diamond....so dia ni aku tak kira la sebab dia ni dah besar sgt time tu...n ramai lagi orang2 tua dah layan Black Sabbath dgn Dio...so takyah la aku nak tulis..

era2 punk rock ni byk kitaorg jam lagu2 OAG , Green day , offspring , blur, dan macam2 lagi n aku pun dah tak ingat...zaman ni jugak la kami berkenalan dengan enji...yg merupakan drummer pertama aku...aku pun heran walaupun tak pernah satu lagu pun jadi dengan baik tp dia la drummer aku....time tu dia plak suka sangat dgn butterfingers...hehe....aku pun suka gak..time ni butter , saturnine , OAG, dead mushroom , carburetor dung sume tgh dok meletup..smpi kat tv pun ada program 'alternative' tv3 rasanya...

time ni geng aku pun tengah gile beli baju band...aku ada tshirt nirvana time tu...pastu bole beli plak tshirt Motley Crue ?? (takde kena mengena langsung) beli sebab ada gambar tengkorak pakai sunglass.....sepupu aku pun ada gak baju band tp lebih radikal dari sesiapa jer time tu...baju hitam ada gambar Michael Jackson ( haha....tp korang tgk skarang baju MJ mahal la sebab dia dah mati.)....asal baju hitam jer ganas time tu.....kelakar betul.

yik foong ...melody


antara salah satu tempat yang banyak menyumbang pada kemajuan industri muzik berat ipoh ialah complex yik foong.complex ni terletak di belakang super kinta..

antara sebabnya ialah di sinilah terletaknya melody music centre..kedai kaset melodi ni lah tempat peminat2 muzik underground ipoh mendapatkan stuff2 mereka...(kalo kat KL tu macam kedai kaset kat pertama complex ataupun campbell tu la)...

kat sini lah kami mendapatkan stuff2 yg agak rare dan susah untuk didapati di kedai biasa...dari album Projekt AK sampai la album wing n superfriend...mmg ada kat sini...hahah...sini gak la kalo nak beli t-shirt morbid angel , walaupun mmg tahu yg t-shirt tu tak ori tapi mmg takder choice pun..

aku ingat lagi antara kaset terawal aku beli kat sini time tu aku kecik lagi sekolah rendah tak tahu apa , tp mmg dah terpengaruh dgn kaset2 muzik berat ni sebab ada gambar hantu...so aku pun beli la album Iron Maiden "Killers"...aku bole tanya tokey tu...tokey ini lagu 'thrash' ka?...pastu tokey tu angguk...aku pun beli...hahaha....balik dengar 2 or 3 round aku pun simpan kaset tu....sebab tak best....aku nak yg macam Cromok...sebab aku ada beli kaset cromok kat gopeng...tu yang aku nak...ni suara tak growl....

tapi selepas 5 or 6 tahun barulah aku sedar betapa susahnya nak main lagu iron maiden , selepas tu ( zaman aku sekolah menengah) aku refer balik kat iron maiden , aku beli album2 macam powerslave , fear of the dark dan baru aku tahu yang mmg susah gila nak main gitar macam Adrian Smith , nak jerit macam Bruce Dickinson dan nak ketuk macam Nicko mc brain...

banyak album2 Metal aku mmg beli kat Melody la time tu...Storm Of Nebiula , Heloisa , Eastern Invasion comp , Silent Death , Sil Khannaz , Pantera ,As Sahar , Dark Dog comp , Sepultura , Bazzah , Cryptic Malediction , SLayer , Metallica dan macam2 lagi yg aku dah tak ingat dah...tp mmg dah beribu-ribu ringgit aku bagi tokey tu makan sebab aku mmg suka sgt beli kaset kat situ.

Monday, February 8, 2010

i wanna jammin with you


jammin pertama -
kali pertama aku jamming ialah pada tahun 1995 jgk.time tu memang dah gile muzik sangat la rasanya.time tu aku pergi ipoh curi2 dgn abg sdara aku ijad.naik bas kinta , tambang tak silap dalam seringgit dua posen kot.

studio jamming pertama aku ialah SAM studio kalo tak silap aku.SAM studio terletak di Super Kinta atau pasar besar Ipoh.kat atas tu mmg ramai mat rock.kat sini la ada studio SYJ.time tu aku dgn cousin aku ni Ijad share duit jamming setengah jam rm 7..so sorang dalam rm 3.50.. jamming dua orang jer..takder drummer...mmg kami berdua dah gile dgn guitar electric time tu ...so janji dapat pegang pun dah best...

main lagu pun tak pernah habis la time tu...sekerat sekerat jer..tu pun dah kagum habis la...bila dgr bunyi distortion tu..walaupun equipment studio tu macam hampas...tp kami tetap gembira dan balik mesti tersenyum 2 , 3 hari sebab syok jamming dgn thrill gi ipoh senyap2..

time tu kami dah pasang angan2 untuk menubuhkan sebuah band walaupun takder orang nak main bass (sebab aku dgn Ijad mmg 2 2 nak main gitar karen ) dan drummer...(drum tu ada gak la rasa macam nak try sbb best ketuk2 )..di sinilah bermula sebuah impian yg tak tercapai lagi hingga hari ini...

monolog -walau tak tercapai impian nak berkarya tu,tp kami dah puas main cover song...

gitar oh gitar

the cranberries..ni la dia band yg aku dgr dan buat aku beli gitar pertama aku tahun 1995 tak silap aku.time tu aku kecik lagi..sepupu aku wan yg kenalkan aku dgn lagu band ni 'zombie'...dan lepas tu baru la aku rasa macam bestnya tgk budak2 besar main gitar kat kedai burger,pastu aku suruh diaorg main lagu ni....huhu..

aku ingat lagi orang pertama yg ajar aku main gitar ialah Ngale...atau nama sebenarnya Nazri kot...dia lah kurt cobain kampung aku time tu...tp sebenarnya dia jer orang besar yg nak ajar budak2 main gitar time tu...yg lain macam malas nak layan budak2 baya aku...huhu...dgn kenalnya aku kepada Ngale...maka kenal lah aku dgn nirvana dan metallica....walaupun secara teorinya nirvana dgn metallica tu satu icon yg berbeza tp tu jer la yg budak2 baya aku time tu (11 tahun) tahu...heavy metal dgn grunge / punk rock...huh berbeza betul..tp itulah nukleus bermulanya minat aku kepada muzik2 rock dan sub genre rock yg lain...sebelum tu aku hanya tahu 4U2C , KRU dan NICO..

gitar pertama aku dibeli di Pasaraya Soong Hing (dah lingkup dah pun pasaraya ni)..dgn harga 70 ringgit..pastu ada sorang pekerja pasaraya soong hing tu aku suruh tolong tune kan gitar tu...dia bole tune sampai putus tali tu...(kalo tak tau cakap la tak tau)...dan akhirnya aku suruh budak2 rock kg aku yg tune...antara budak2 rock tu ramai gak yg jadi nama besar dalam industri muzik bawah tanah negara ni,tp takyah la aku mentioned dulu....di situlah bermulanya hobi aku dgn gitar warna hitam jenama luxon tak silap aku...ke Lexon ntah la...

Sunday, January 24, 2010

bisalah vesparado

kau tahu katanya...
dia sedang bercinta,,
kau tahu katanya...
dia sedang bercinta.....katanya biasalah dunia.
berbagai pasangan di dalamnya...kata biasalah dunia pelandok dua serupa.

monolog - Ajid is the best rockstar in Ipoh.....