nothing is conceptually better than rock n roll

...some kid dream to become a rockstar...

Saturday, February 13, 2010

yik foong ...melody


antara salah satu tempat yang banyak menyumbang pada kemajuan industri muzik berat ipoh ialah complex yik foong.complex ni terletak di belakang super kinta..

antara sebabnya ialah di sinilah terletaknya melody music centre..kedai kaset melodi ni lah tempat peminat2 muzik underground ipoh mendapatkan stuff2 mereka...(kalo kat KL tu macam kedai kaset kat pertama complex ataupun campbell tu la)...

kat sini lah kami mendapatkan stuff2 yg agak rare dan susah untuk didapati di kedai biasa...dari album Projekt AK sampai la album wing n superfriend...mmg ada kat sini...hahah...sini gak la kalo nak beli t-shirt morbid angel , walaupun mmg tahu yg t-shirt tu tak ori tapi mmg takder choice pun..

aku ingat lagi antara kaset terawal aku beli kat sini time tu aku kecik lagi sekolah rendah tak tahu apa , tp mmg dah terpengaruh dgn kaset2 muzik berat ni sebab ada gambar hantu...so aku pun beli la album Iron Maiden "Killers"...aku bole tanya tokey tu...tokey ini lagu 'thrash' ka?...pastu tokey tu angguk...aku pun beli...hahaha....balik dengar 2 or 3 round aku pun simpan kaset tu....sebab tak best....aku nak yg macam Cromok...sebab aku ada beli kaset cromok kat gopeng...tu yang aku nak...ni suara tak growl....

tapi selepas 5 or 6 tahun barulah aku sedar betapa susahnya nak main lagu iron maiden , selepas tu ( zaman aku sekolah menengah) aku refer balik kat iron maiden , aku beli album2 macam powerslave , fear of the dark dan baru aku tahu yang mmg susah gila nak main gitar macam Adrian Smith , nak jerit macam Bruce Dickinson dan nak ketuk macam Nicko mc brain...

banyak album2 Metal aku mmg beli kat Melody la time tu...Storm Of Nebiula , Heloisa , Eastern Invasion comp , Silent Death , Sil Khannaz , Pantera ,As Sahar , Dark Dog comp , Sepultura , Bazzah , Cryptic Malediction , SLayer , Metallica dan macam2 lagi yg aku dah tak ingat dah...tp mmg dah beribu-ribu ringgit aku bagi tokey tu makan sebab aku mmg suka sgt beli kaset kat situ.

1 comment:

Belacanhangit said...

Salam.. tumpang lalu...
syg Melody dh xsmeriah dulu.. byk brg yg dipirate kn ja skrg nih..
anyway sy ada entri yg hmpir srupa dgn anda, free2 sila checkk yea..

http://bluarrghh.blogspot.com/2010/12/singgah-sekejap.html